Saturday 19 November 2011

perjalanan kami sekeluarga ke P.Langkawi

pada hari rabu 16/11 hingga hari jumaat 18/11/2011 bermulalah kisah kami satu keluarga pergi bercuti di Pulau Langkawi..Hari rabu 16/11/2011 jam 4.00am kami mula keluar dari rumah.Pada jam 6.00am kami berhenti solat fardu subuh di masjid alor gajah melaka,selesai solat suduh kami terus memulakan perjalanan kami.Pada jam 9.00am kami berhenti lagi di Bidor untuk mengisi minyak kenderaan.Selepas selesai kami pun meneruskan perjalanan, semasa dalam perjalanan pada jam 12.00pm perut tiba-tiba berasa lapar dan kami pun mengambil keputusan untuk berhenti makan tengah hari di (R&R) Gurun.Selesai sahaja makan tengah hari kami pon menyambung semula perjalanan kami untuk cepat menuju ke destinasi yang di tujukan.Pada jam 1.30pm kami pun berhenti solat zohor @ asar di masjid Kangkar.Selepas selesai solat kami pun bergesas menuju ke jeti kuala perlis.akhir nya kami pun sampai di jeti dan jam 3.00pm kami mula naik feri untuk pergi ke Pulau Langkawi.Kami dalam feri mengambil masa dalam satu jam untuk sampai ke P.langkawi.Jam 4.00pm kami sudah sampai ke P.Langkawi dan kami di jemput oleh seorang lelaki yang bernama naim.Dia membawa kami pergi ke bengkel dan dia mencari kan hotel untuk kami bermalam.Akhir nya dia jumpa jugak tempat umtuk kami bermalam.Jam 6.30pm kami pun chek in di Hotel CD dan kami pun berehat sehingga jam 7.30pm kami di bilik.Tiba-tiba kami berasa lapar kan pada pukul 8.00pm kami pun makan malam bersama family serta family naim di P.Maksirat,selepas itu family naim membawa kami pergi ke Habour park / T.parking kapal dekat gunung raya sehingga jam 11.00pm dan kami pun pulang ke Hotel.

Pada hari khamis 17/11/2011 jam 8.00am kami di tinggalkan oleh ibu serta ayh kerna ada urusan yg harus dia selesaikan.Kini tinggallah aku bersama adik aku ziha dan uci di bilik.Pada jam 9.00am kami pergi bermandi manda di pantai yang berada di hadapan Hotel kami.Selepas mandi aku dan adik2 pun duduk di bilik sehingga jam 2.50pm sementara menunggu kepulangan ibu dan ayh.Pada jam 3.00pm aku dan adik2 berasa bosan dan aku pun pergi jalan2 dengan adik 
di UnderWater World harga masuk di underwater itu pun bukan murah,orang dewasa RM 28.00 kanak2 lagi lah RM 18.00.Selepas penat berjalan aku dan adik2 pun balik ke bilik kerna nnt malam nak keluar pergi ke Kuah.Jam 8.00pm kami sekeluarga gerak pergi ke Kuah untuk membeli Coklat,selesai membeli coklat kami pun berjalan2 di Kuah sehingga jam 11.pm kami pun pulang ke bilik,mahu mengemas2 barang apa yang patot kerna mahu pulang esok pagi.

Pada hari jumaat 18/11/2011 hari terakhir kami bercuti.Pada jam 8.30am kami sudah chek out dari Hotel CD.Selepas chek out jam 9.00am kami sarapan di kendawang di warung itu lah mee goreng ziha jatuh yang tidak di jangka2.selesai sarapan jam 10.00am kami pergi ke maritim kerna ayh ada urusan kerja serta mengambil gambr orang yg bersedang berkerja.Selesai semua aktiviti hari ini kami pun pergi ke jeti P.Langkawi membeli tiket untuk pulang ke jeti K.Perlis.Kami mendapat tiket jam 11.30am untuk naik ke feri.Untuk pergi ke jeti K.Perlis pun mengambil masa 1 jam.Jam 12.50pm sampai sudah kami di jeti dan 1.35pm kami makan tengah hari yang berdekatan di jeti.Pukul 2.33pm kami berhenti solat di masjid kerpan kangkar,perlis.Selesai solat pukul 3.30pm otw gerak balik kami singgah pasar rabu dan membeli ikan pekasam,serunding serta bahulu panas kegemaran aku.Selepas jalan di pasar rabu kami sambung balik perjalanan kami jam 6.03pm penat drive kami pun berhenti minum di (R&R) bukit gantang.Sebelum jam 7.00 kami pun terus kan lgi perjalanan dan tiba jam 7.00pm kami pun berhenti solat magrib di (R&R) Tapah serta makan untuk mengisi perut.Setelah solat magrib kami pun bergerak pulang dan berhenti di (R&R) dengkel KL jam 10.00pm.Kami tidak boleh berhenti terlalu lama kerna takut lewat sampai di rumah.Memandangkan ayh terlalu ngatuk ayh pun melelapkan mata nye di (R&R) seremban jam 1.00am,memgambil masa juga ayh melelapkan mata,setelah setengah jam ayh lelap akhirnya kami pun terus kan perjalanan dan kami pun sampai di rumah jam 3.00am.

itu lah cerita perjalanan kami dari batupahat hingga ke P.Langkawi..

No comments:

Post a Comment